Contest Review Blog Dauspozi.com

contest review blog dauspozi

Sebenarnya dah lama dah aku tau blog dauspozi ni semenjak dia guna domain blogspot dia, dauslife.blogspot.com. Time tu, semua benda colour hijau dalam blog dia, lagi hijau dari sekarang ni. Sakit pulak mata aku bila bukak. haha. Tapi theme sekarang ni ok sikit dari dulu, lebih tersusun, kemas dan tak terlalu cerah.

Trademark – Tagline

Memang sesuai lah dengan tagline blog dauspozi, ingat hijau ingat daus. Theme blog pun colour hijau, avatar colour hijau, shoutbox colour hijau. Memang hijau lah warna kegemaran dauspozi. Walaupun dia pernah dapat feedback dari follower dia suruh tukar warna theme blog.

Tapi dia tetap setia dengan colour hijau, kalau dah tukar colour blog nanti, confirm kena tukar tagline jugak. Tu yang aku rasa dia malas nak tukar colour theme blog. Kalau dia tukar theme blog colour pink, takkan nak guna tagline lama jugak kan. Mesti tak sesuai. Ingat pink ingat daus? macam ok je.. haha.

Owner Blog Dauspozi

Mula-mula aku ingatkan dia mungkin sebaya dengan aku atau lebih tua. Tapi bila buka profile, rupanya baru sekolah menengah. Kira respect jugak lah. Time aku sekolah menengah dulu, tak tau pun apa benda tu blog. Apa lagi nak main-main kod edit theme blog tu semua.

Bukan dia je yang ada blog, adik dia pun ada blog jugak. Yiedpozi, tu adik dia rupanya. Banyak kali jugak pernah pergi, tapi tak tau lah pulak diorang ni adik beradik.

Blogspot Vs WordPress

Nak kata pasal theme, bagi aku dah ok dah. Tak de apa nak ubah. Kalau nak ubah pun boleh, tu pun kalau ada masa. Kasi pembaca dapat feel yang baru. hehe. Cuma kalau alang-alang nak bagi feel baru tu, terus pakai wordpress. Baru lah terbaik. Sebab satu je aku kurang berminat dengan blog yang guna hosting blogger ni.

Sistem komen blogspot tak mesra pengguna. Takde avatar. Kalau boleh, nak kasi lagi best, modified kasi ada avatar. Sebab aku tak berapa nak berminat baca komen dan beri komen kalau tak de avatar.

Page Rank dan Alexa Rank

Memandangkan alexa rank pun dah cukup power, malah lagi power dari blog aku. Aku sarankan teruskan je dengan blog yang ada. Kalau ada modal, boleh lah try wordpress pulak. Tapi tu lah, kena start dari bawah balik. Lagi-lagi pagerank dengan alexa rank.

Kewujudan Blog Dauspozi?

Mungkin mula-mula aku tau blog dasupozi masa daus af masuk akademi fantasia. Bukan dauspozi lah. Daus af. Kalau khai dulu pun pernah dapat tempias dari khai af , mesti Dauspozi pun ada dapat tempias dari daus af punya. Top 3 pulak tu. Jadi, kalau korang nak cepat blog jadi famous.

Gunakan nama domain pelajar af lepas ni walaupun nama korang dengan nama pelajar af tu sangat jauh dan lain sama sekali. Contohnya, mawi, shahir, adira, maulana dan lain-lain. Be creative. haha.

Contest Review Blog Dauspozi.com ini ditaja oleh Ihosterz, Yanmie, Mantra, Che Noorazma, Noridah, Fareed Sairi dan Yiedpozi.

aizuddin : Menang kalah belakang cerita, saja nak memeriahkan contest. Memandangkan member aku pun ada sponsor contest tu. Aku join for support.

Comments

comments

Comments

  1. says

    wah mantap2… review yang menarik… baru aku tahu yiedpozi dgn daus pozi tuh adik beradik…serius aku tak tahu menahu langsung…. pasal masih sekolah tuh aku tahula……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *