Cek Pertama Dari Mangga Ads

cek_pertama_mangga_ads_aizuddin

Memandangkan aku je baru dapat cek dari mangga ads, aku terus je nak publish sebab nak beritahu yang mangga ads ni betul-betul bayar payment kalau kita cashout. Apa yang aku boleh katakan, sistem cashout mangga ads ni lebih kurang sama je dengan sistem nuffnang. Dan ketepatan masa yang diambil untuk menghantar cek pun sama je. Ambil masa 30 hari hingga 45 hari.

Aku join mangga ads ni pun saja nak try benda baru, syarikat pengiklanan baru dan sistem perkiraan yang baru. Kat bawah ni aku nak buat review sikit hasil daripada pengalaman yang aku dapat selama aku guna mangga ads ni.

Kelebihan Mangga ads :

  • Sistem ikut impression. Tak mengikut jumlah klik. Mangga ads ni lebih kurang macam sistem advertlets. Kira ikut jumlah impression. Kalau nuffnang dan innity, diorang punya basic kiraan adalah mengikut jumlah klik. Campaign atau buffer earning dari nuffnang dan innity je yang akan kira ikut impression.

Jadi, kebarangkalian nak berlaku fraud click tu mungkin tipis lah. Kalau ada pun tak bagi banyak effect dekat earning mangga ads dengan advertlets. Kalau nuffnang dan innity, mungkin ada la. huhu.

  • Mangga ads ni nak cashout senang. Create ticket, bagi no akaun (reply emel sikit2 kalau tak cukup detail info yang diperlukan) dan tunggu je depan rumah. Setel. 😀 Siapa yang pernah cashout dan dapat cek dari nuffnang, lebih kurang macam tu lah.
  • Social networking. Boleh bagi personal mesej, tulis kat wall promote link dan sebagainya. Mungkin ni tak de effect sangat kot. Tapi ia satu kelainan kalau nak cuba.

Kekurangan Mangga ads :

  • Blog loading jadi lambat sedikit. Nak dibandingkan dengan nuffnang. Rasanya nuffnang lagi laju loading berbanding bila pakai mangga ads ni. Boleh dikatakan, iklan mangga ads ni adalah paling berat untuk loading berbanding innity, nuffnang dan advertlets.

Kalau internet laju tu, mungkin tak kisah sangat. Kalau dah pakai BB (Broadband) ke yang slow-slow tu. Mungkin akan menyusahkan mereka.

aizuddin : Ini adalah review dan pendapat peribadi aku. Jika ada yang salah boleh beritahu. Mungkin aku boleh betulkan…Buatlah pilihan yang bijak 😀

Kesimpulannya : Mangga ads ni mungkin alternatif terbaik bagi siapa yang lebih gemarkan sistem advertlets berbanding nuffnang.

Comments

comments

Comments

  1. farah says

    boleh cube ni since mangga memang btol2 bayar..huhuh..dulu sy pasang nuffnang tpxdapat buffered pun,dari terbuang traffik,baiklah ada hasil walaupun ciput..yeay nak try mangga!!

    • says

      sila lah try..tapi baru-baru ni earning dia macam mengecewakan je berbanding dulu..tak tau asal..tension pun ada :bloody:
      tapi tak salah pun kalau nak try jugak

  2. says

    sya daftar Google Adsense sehari dapat $30 ~ $70. huhu, memang kaya . sbb 1 klik boleh dapat $0.01 ~ $10 . setiap iklan ada harga nya dan berbeza2 😛 tapi senang kene banned sebab klau ada fraud klik yg kita buat. so kene hati2 la

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *