Cek Pertama Dari Churp-Churp

cek churp-churp pertama aizuddin

Baru-baru ni aku baru je dapat cek churp-churp yang pertama. Setelah berbulan-bulan menanti baru la dapat cashout. Tapi yang penting earning churp-churp aku lagi banyak dari earning nuffnang. Mungkin nuffnang dah tak berapa nak sayang kat aku..

Buffer earning nuffnang pun dah berbulan-bulan tak dapat. Kasi can kat blogger baru merasa dengan buffer earning nuffnang. Sekarang aku fokus kat churp-churp je la dari nuffnang.ย  Jadi aku dah tak kisah sangat. Korang dah tau ke churp-churp tu apa? Kalau belum boleh baca entri pengenalan pasal churp-churp sebelum ni.

Tujuan aku tunjuk cek ni macam biasa, nak menunjukkan yang buat duit dengan churp-churp ni memang boleh dipercayai dan bukannya scam. Seperti ramai blogger buat duit dengan nuffnang. Bukan ada niat nak menunjuk-nunjuk. Kalau nak ajak orang join pun, mesti kena ada bukti dulu. Baru orang akan percaya. Yang penting join ni, memang tak de risiko untuk rugi. Free je pun nak join. Takkan nak tengok je orang buat duit dengan churp-churp, sedangkan korang pun boleh buat jugak.

Churp-churp ni bukan skim cepat kaya, seperti login facebook dapat 4 juta, baru join boleh terus dapat cek 4 juta la, rm40 juta segera la dan banyak lagi…Bagi aku, tak payah nak percaya dengan benda tu semua. Buat orang-orang atas je jadi kaya. Orang bawah kena tindas. Kalau program tu lingkup, orang atas akan kata ada aku kisah, orang bawah jugak yang merana nanti. Fikir-fikirkan..

aizuddin : Kalau korang ada akaunย  facebook, twitter dan blogger tapi tak ada akaun churp-churp ni memang la rugi. Kalau try sendiri baru la tau nanti. Kalau belum lagi join, boleh join sekarang. Masih belum terlambat. Good luck!

Nota : Aku dah tak blurkan nilai cek tu. Sebab setiap kali aku blur, mesti orang lain nak tau lepas ni. Lagipun sikit je pun yang aku dapat tu. Alhamdulillah. Thanks Churp-churp..

+ kalau belum join lagi..boleh join sekarang -> daftar churp-churp guna akaun facebook pun boleh

Comments

comments

Comments

  1. says

    Aku lagi RM2 baru boleh cash out, harap-harap sebelum hujung bulan ni Churp2 boleh update akaun. Dapat aku merasa duit Churp2 bulan depan :)

    • says

      tu la..dah ramai blogger sekarang ni.dah sampai masa nuffnang kenakan syarat untuk join macam nak join innity..sekarang layan churp-churp je la

      • says

        betul betul betul… kena propose kat nuffnang ni suruh buat syarat sbb senang sangat nak dapatkan nuffnang. twitter lagi cool!

    • says

      ko tak pernah try lagi ke?dah macam-macam aku cuba..hehe..tapi churp2 dulu banyak assignment bentuk scheduled tweet..sekarang dah kurang dah
      femes pulak aku ๐Ÿ˜†

  2. says

    wah! dah dpt cek dr churp2.. nilai pun boleh tahan.. boleh buat byr bil streamyx dan celcom bband aku tu. huhu.. tahniah bro.. lps ni confirm byk lg dpt tu..

    • says

      aku pun tak banyak promote..masa awal2 dulu dapat banyak scheduled tweet..sekarang dah jarang dapat..kempen scheduled tweet yang bagi banyak =(

      • says

        entahlah, maybe kena tanya NN kot….minggu ni aku ingat dah habis dah BE, tetiba ada bertambah lagi…jadi xleh la nak tukar kepada Innity balik..

        • says

          yg ko dapat BE camne pulak?mana tau ada tips rahsia ke..boleh share kat orang lain nanti.atau memang 100% bergantung kat nasib?hehe

      • says

        Xdelah pulak rahsianya…apa yang tahun lepas aku buat adalah update survey tu jer…pastu dah lama x tukar2…maybe rezeki aku kot…heheh

  3. says

    baru aja lepas cashout churp2, xdpt dpt lgi check..

    ———-

    rasanya rmai sgt yg guna nuffnang kot. diorang tak dapat nak handle

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *