Belanjawan Bajet 2012

Walaupun bajet belanjawan 2012 dah berlalu pada 7 oktober 2011 yang lepas. Mungkin ada lagi yang terlepas pandang. Boleh la tengok-tengok balik lepas ni..

Pelajaran
  1. Pemberian baucar buku sebanyak RM200  kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
  2. Yuran pendidikan di sekolah rendah dan menengah kerajaan akan dimansuhkan.
  3. Semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 akan menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100.
Bantuan
  1. Bantuan sebanyak rm500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.
  2. Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.
  3. Caj pendaftaran pesakit luar bagi warga emas berusia 60 tahun dan ke atas di semua hospital dan klinik kesihatan dikecualikan bermula 1 Januari 2012. Mereka juga akan diberi diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.
  4. Kerajaan akan memberi sumbangan kepada wirawan dan wirawati negara sebanyak RM3000 secara one-off kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yang kesemuanya berjumlah hampir 62,000 orang.
  5. Kerajaan akan memperuntukkan 400 juta ringgit bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan-kawasan FELDA yang terpilih.
Kerjaya
  1. Kerajaan mencadangkan supaya caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan 5,000 ringgit dan ke bawah.
  2. Kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred jawatan. Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
  3. Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.
  4. Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit.
  5. Dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai.
  6. Penjawat awam akan dilanjutkan umur persaraan wajib mereka dari 58 tahun kepada 60 tahun.
  7. Satu program khas akan diperkenalkan untuk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen.
  8. RM500 juta diperuntukkan untuk dana komersial inovasi PKS.
  9. Bonus tambahan setengah bulan gaji akan diterima oleh kakitangan kerajaan dan bayaran bantuan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pesara kerajaan.
  10. Bagi sektor swasta, galakan cukai diberikan dengan potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat dalam melaksanakan program Internship, potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa dan potongan dua kali ke atas perbelanjaan bagi menyertai pameran kerjaya di luar negara.
Cukai
  1. Pelepasan cukai baru sehingga 3 ribu ringgit ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta yang sebelum ini dikenali sebagai Dana Pencen Swasta dan anuiti insurans selama 10 tahun.
Perumahan
  1.  RM63 juta diperuntukkan untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai.
  2. RM40 juta diperuntukkan untuk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.
  3. 7,700 unit rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja. Harga rumah yang ditawarkan di bawah skim ini lebih rendah berbanding dengan harga pasaran disebabkan tanah dan dana mudahcara disediakan kepada pemaju.
  4. Bagi memenuhi permintaan rumah golongan berpendapatan kurang daripada 3,000 ringgit, Kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku pada Mac 2011. Untuk menambah baik skim ini, Kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah dinaikkan daripada 220 ribu kepada 400 ribu ringgit.
  5. Kerajaan akan mewujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan dengan peruntukan 300 juta ringgit untuk membina dan membaik pulih rumah mereka agar menjadi lebih selesa dengan prasarana asas.
  6. Kerajaan akan terus melaksanakan Progam Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dengan membina 75,000 unit rumah mampu milik.
Subsidi
  1. Bagi setiap liter petrol RON95, harga asal 2 ringgit 75 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 90 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 85 sen atau 31 peratus dari harga sebenar.
  2. Bagi setiap liter diesel, harga asal 2 ringgit 66 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 86 sen atau 32 peratus dari harga sebenar.
  3. Bagi setiap tong 14 kilogram gas memasak, harga asal 48 ringgit 2 sen, rakyat hanya bayar 26 ringgit 60 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 21 ringgit 42 sen atau 45 peratus dari harga sebenar.
  4. Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal 2 ringgit 40 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 60 sen atau 25 peratus dari harga sebenar.
  5. Bagi setiap kilogram gula, harga asal 2 ringgit 50 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 30 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 20 sen atau 8 peratus dari harga sebenar.
  6. Bagi setiap kilogram minyak masak, harga asal 4 ringgit 75 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 50 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 2 ringgit 25 sen atau 47 peratus dari harga sebenar.
  7. Bagi setiap kilogram tepung gandum, harga asal 1 ringgit 90 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 35 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 55 sen atau 29 peratus dari harga sebenar.
Projek
  1. Projek landasan kereta api berkembar Gemas – Johor Bahru;
  2. Projek Lebuhraya Pantai Timur Jabor – Kuala Terengganu, Lebuhraya Pantai Barat Banting – Taiping, Lebuhraya Segamat – Tangkak dan Lebuhraya Central Spine serta pembinaan jalan Kota Marudu – Ranau
  3. Pembangunan semula Pangkalan Udara Sungai Besi Kuala Lumpur.
  4. Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit untuk mengatasi masalah banjir.

+ Ada sesetengah pihak kata belanjawan yang dibentangkan ada kaitan dengan isi kandungan buku jingga. Suratan atau kebetulan?

+ Mungkin ada betulnya kartun kat atas tu, bila umur persaraan wajib bagi penjawat awam dilanjutkan daripada 58 kepada 60 tahun. Semakin ramai lagi yang duk menganggur nak cari kerja. Kadang-kadang ada yang belum sempat lagi nak rasa duit pencen dan berehat di rumah dah meninggal dunia :oups:

kredit : akupenglipurlara

sumber : bharian, belanjawan bajet 2012 pdf

Comments

comments

Comments

  1. says

    noted this as reference later..haha..
    tapi aku suka karton tu..memang betul..
    yg dah tua2 tu bagila pencen cepat..
    bagi muda2…baru semangat orang2 muda nak keja goverment..hehe 8)

  2. Leo says

    Loved komik di sini. Butiran ini akan sangat membantu bagi setiap individu di negara ini.Apa yang saya suka yang paling dalam bajet ini ialah pengecualian caj pendaftaranpesakit luar bagi warga emas melebihi umur 60 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *