Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

by aizuddin on January 18, 2012

baucar buku 1 malaysiaLepas habis exam, petang semalam singgah kejap di pejabat fakuti pergi ambik baucer rm200. Orang lain dah lama pun ambik, cuma aku je lambat. Tak kisah la cepat ke lambat, ambik cepat pun belum tentu guna cepat, yang penting tak expired lagi :p

Lepas dapat, aku pergi la google kan diri nak tau pasal baucer ni, ada la jumpa info sikit. boleh la teruskan baca kalau berkenan..

1.  PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan,  penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah  diumumkan oleh Y.A.B.  Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.

2.  OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka  untuk  meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

3.  KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima  bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:

a)  Warganegara Malaysia;
b)  Lepasan SPM atau setaraf  dengannya  yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan  6/ Politeknik/  institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c)  Sedang melanjutkan pengajian  dan  status aktif  di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d)  Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e)  Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat  IPT
berkenaan;
f)  Menuntut di institusi pengajian di  bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g)  Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)  tidak layak
menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h)  Pelajar yang sedang mengikuti bidang  Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)  tidak layak  menerima bantuan ini
kerana pelatih KPLI  adalah pelatih pra-perkhidmatan  (telah diberi elaun).

4.  TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara  one-off  bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.

baucer buku 200

5.  KADAR BB1M
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

6.  TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a)  Baucer akan dicetak oleh  Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua
agensi/institusi;
b)  Baucer ini adalah untuk pembelian buku  -  buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

c)  Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d)  Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis.  Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e)  Jika amaun yang dibeli melebihi RM200,  pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan
tambahan kepada Kerajaan;
f)  Baucar buku yang diterima  tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g)  Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h)  Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7.  PENUTUP
a)  Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b)  Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan
pemantauan dan pengauditan;
c)  Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.

Info tambahan yang aku dapat untuk pelajar UTM JB

baucer buku rm200 1 malaysia

Sebenarnya ejaan “baucer” ke “baucar” yang betul ni? Biasanya baucer, tapi dekat kertas tu tulis baucar, dalam dokumen pdf kementerian pelajaran yang aku copy paste tu pun tulis baucar. :(

Nota : Sesiapa yang ada pengalaman gunakan baucer ni, boleh la share kat sini..

Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia – Garis Panduan Baucer Buku

{ 8 comments… read them below or add one }

Oh! budu January 19, 2012 at 1:02 PM

x dapat lagi… :’(

Reply

aizuddin January 22, 2012 at 12:30 AM

boleh la claim nanti..

Reply

AMiRU January 20, 2012 at 8:59 AM

Sape nak beli aku punya voucher? :D

Reply

aizuddin January 22, 2012 at 12:32 AM

haha, kalau bagi aku free boleh la :p

Reply

RIS-FAMILI January 22, 2012 at 10:42 PM

Best ye dapat voucher buku. Aku cuti2 raya cina ni dapat voucher makan je.

Reply

aizuddin February 22, 2012 at 10:07 AM

sama je kan, voucher jugak :)

Reply

ei February 21, 2012 at 9:41 PM

nak sekeping…

Reply

aizuddin February 22, 2012 at 10:08 AM

erk..kalau sekepig = singgit dah lama bagi :P

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: