Ramai yang nak tau pasal nuffnang ni. Best ke? hehe. Nak tau pasal CPC? CPM? ni ha miss nuffnang baru mel kat aku. Lagi-lagi pasal fraud click. Tolonglah ye, hentikan korang punya fraud klik. Apa tu fraud klik? Mesti korang pernah dengar kan pasal fraud klik sebelum ni. Tapi tak tau maksud dia? Banyak betul persoalan kat sini. Mari sini aku cerita sikit.
Dah lama nak post entri ni, tapi terpaksa dipostpone memandangkan ada yang lebih penting dari ni, pasal contest ariffshah, arwah din beramboi dan anugerah bintang popular. hehe. Ok, sambung cerita..
Iklan kat nuffnang ni terbahagi kepada 2 jenis iaitu CPM @ Metered (mCPM) Campaigns dan CPC.
- CPM
Kita akan dibayar mengikut jumlah visitor atau pelawat yang datang ke blog kita. Senang cerita, berapa banyak orang tengok iklan tu, earning bagi nuffnang kita akan meningkat.
Jadi kalau nak dapat earning menerusi jenis iklan ni. Rajin-rajinkan lah cari trafik. Mesti ada caranya yang betul. Seo? Tinggalkan komen kat blog? Join gengblogger? Semua tu boleh meningkatkan trafik kita. Jadi pilihlah jalan mana satu yang korang nak pilih.
- CPC
Kita akan dibayar mengikut jumlah iklan tu diklik. Jenis iklan macam ni lah yang blogger-blogger baru duk gila ni.
Datang blogwalking kat blog orang pastu cari shoutbox, terus tinggal komen. Bukan nak baca entri dan komen. Sebab tu aku sorokkan shoutbox aku kat sidebar. hehe. Kalau aku pun akan cari shoutbox, tapi aku tengok dulu entri blog tu, agak-agak best, memang aku akan komen dulu sebelum klik pangkah. Bukan susah pun nak tinggal komen. Mana tau dengan sekotak komen, korang akan dapat trafik secara percuma kan?
- Main klik-klik?
Kalau korang main klik-klik pun, miss nuffnang ni bukannya orang kurang bijak yang tak pergi sekolah. Diorang pun pergi sekolah jugak, silap-silap buat master lagi. hehe. Jadi diorang boleh detect, makhluk-makhluk yang buat fraud klik ni. So kesannya, kebarangkalian untuk korang dapat kempen kat blog korang akan menurun seperti menurunnya prestasi manchester united bila main tanpa wayne rooney. hoho.
- Bila diorang dapat kesan?
Kalau diorang dah dapat kesan siapa yang buat perbuatan haram ni, diorang tak teragak-agak untuk suspend atau menggantung akaun nuffnang korang seperti yang diorang pernah buat sebelum ni. Jadi, jangan kerana ketamakkan korang, akaun dah kena suspend. Kalau korang lepas pun, duit tu boleh jadi darah daging. Bahaya kan? Seumur hidup dengan sumber rezeki dengan cara yang salah.
- Nak klik jugak?
Kalau niat korang nak klik untuk nak ambil tau pasal iklan tu, memang dibenarkan pun. Bukannya tak boleh pun. Asalkan niat korang tu betul. Setiap benda yang kita lakukan memang berdasarkan niat kita. Jadi, betulkan dulu niat korang sebelum nak klik-klik iklan ni eh.
Nota : Aku just sampaikan dari emel miss nuffnang je ni. Aku translatekan dalam bm, dan disampaikan dengan penuh penghayatan kasi korang syok nak baca. Tu je. hehe. Nak baca pasal syarat-syarat nuffnang atau terms and condition nuffnang? Boleh tengok sini. Kalau belum baca hukum menyertai nuffnang, boleh klik sini. Kalau tak tau apa itu nuffnang, boleh klik sini.
aizuddin : Minggu depan final exam untuk minggu kedua, teknologi kejuruteraan dan teknik pengaturcaraan 2. Doakan aku lah ye dapat jawab dengan lebih baik dan mendapat result yang lebih cemerlang. amin. Tak kan tiap-tiap sem nak dapat surat cinta dari jpa kot? huhu.




{ 194 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
oo, so kene tunggu advertiser yang berminat dgn blog saye ke?
itu untuk cpm..cpc memang akan ada
Susah jugak nak jaga hati nuffnang ni ye…
biasa la tu
bagi la sreen shoot pembayaran adverlet disini…..
kongsi la kt sini ..
nk tengok nie
ce tengok sini http://goo.gl/aVUY3
masa mula2 dapat mCPM tu rasa hairan. Ingatkan Mr Nuff dah merajuk, tak nak kasi wang lagi. sebab tengok tiap2 minggu akaun tak berubah pun. Sekarang ni baru faham bila tengok ada iklan yang sama dan ada digabungkan dengan iklan lain..
TQ, penjelasan yg jelas lagi bersuluh. Hehe~
welcome..kalau merajuk..kena pujuk balik la kot..
Nice Entry
moga dapat manfaat
Betul tu, entry ni bagus to sesiapa yang baru nak kenal Nuffnang.
Salam… Thanx for d info. Tp masih x brapa faham tentang klik-klik tu sebab masih baru dalam alam blog apatah lagi dengan nufnang ni.
Salam… Thanx for d info. entry ni bagus to sesiapa yang baru nak kenal Nuffnang.Sye bdak bru nk belajar…mntak tunjuk ajar ye
oooo macam tu ..pernah tengok akauan Nuffnag dapat 0.25 sen je….adoi kesian kat aku….. banyak tak aizuddin dapan income ngan blog ni? jawb lah jawablah heheheh
Jangan buat main2..kena serius mcm nuffnang gak
Terima kasih kerana info ni..
terbaikk!! paham dah sikit pasal miss nuff!!
terima kasih atas info yg baik ni..Saya pun baru kenal nuffnang
oh tidak!!!saya xtau lgsung pasal nuffnang ni…saya pendatang baru dalam dunia blog memblog ni….tolong explain more plezz!!!http://akuberjiwapink.blogspot.com/
ni blog saya..tolong komen kekurangan n ape yg patut saya buat lagi kat blog saya yg huduh ni…tenkiu..
rasanya dah cukup dah info pasal nuffang.nak explain pe lagi ye?
saya dah tengok, rasanya kena baiki lagi bab kekemasan. cari template blog yang ada, dan bagi 1st impression yang bagus kepada pembaca
- > http://aizuddin.com/laman-web-template-pilihan-untuk-pengguna-blogspot/
Terima kasih. Info yg sgt berguna. Walaupun saya masih blur pasal nuffnag ni. Saya br nk kenal dunia blog. Dan masih tercari-cari identiti dr n gaya tulisan. 1 nk tny, mcm mn nk dpt follower ye? Tq
sama-sama, hasilkan blog yang berkualiti. insyaAllah akan ada follower
banyakkan network bersama blogger, blogwalking. lagipun kat facebook pun dah banyak group
kat blog aku BE baru singgah..tp xtau tu CPC ker CPM…
hahahah..anyway…nice info sharing…
kalau BE dalam kategori CPM biasanya..
ok
← Previous Comments
{ 2 trackbacks }