Apa Rafidah Ibrahim Ajar Aku Blogging?

Rafidah_Ibrahim

Bila sebut Rafidah Ibrahim @ Fida, pasti tak ramai yang akan kenal. Walaupun dia sebenarnya sepupu kepada datuk siti nurhaliza. Kira ada bau-bau bacang dengan datuk siti nurhaliza la senang cerita. Bukan datuk k eh. hehe. Tengok muka pun dah tau. Ada iras-iras kan?. Ke dia ada iras-iras dengan aku? haha. Bergurau~ Kalau ada apa salahnya.

Entri ni aku dah rancang lama, memandangkan trend entri sebegini rupa macam best. Bila aenaz yang start tulis camni, pastu diikuti chokilala, menteil, hurulaini dan paling last aku baca dari blogger kacak, topotato. Terus aku pun nak ikut diorang. hehe.

  • Imej yang baik

Walaupun kebanyakkan orang menganggap, bila jadi artis je kena bukak tudung, seksi-seksi, peluk-peluk dan macam-macam lagi. Tapi aku tengok, Rafidah ni bila berlakon dalam drama cinta tikar sejadah di saluran astro oasis. Tak de pun scene2 macam tu. Tapi adalah satu dua scene dia pakai tudung tak betul atau ala kadar. huhu. Harap-harap dia dapat kekalkan imej bertudung yang sopan lagi cun ni. hehe.

Samalah dalam blogging. Tak semestinya kita kena tiru blogger-blogger lain. Lain orang lain caranya. Tak perlu lah kita plagiat @ copy paste entri blog orang lain dan masukkan dalam blog sendiri. Baik tak payah buat blog macam tu. Kalau nak pun bagi lah credit. Tak susah kan? Kalau dah kantoi karang lagi susah. Siapa yang susah? Korang jugak lah yang susah nanti. Bagi credit lah senang, sekurang-kurangnya kita menghargai sumbangan entri original blogger tu. Penat-penat blogger tu taip, pikir punya susah, last-last entri dia kena rembat. huhu.

  • Bermula dari bawah

Rafidah ni tak pernah ada pengalaman berlakon, tapi dia tetap belajar macam mana nak jadi seorang pelakon yang baik. Bila dah ada bakat, ramai lah produser nak ambil beliau jadi pelakon dalam filem atau drama diorang. Lepas berlakon dalam cerita cinta tikar sejadah. Drama yang telah membuatkan ramai lelaki-lelaki di luar sana cair dengan watak cikgu siti. Beliau akan muncul dalam drama baru, drama Jalan Pinang Sebatang untuk siaran Astro Warna. Penyandang gelaran juara pertandingan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene pada 2007 ini juga telah mengikat kontrak selama setahun dengan MIG Talent.

Samalah dalam blogging. Kita kena bermula dengan bawah. Mana ada tiba-tiba jadi hebat, pro dan kacak? Bak kata topo. haha. Kita kena belajar dari kesilapan, upgrade sikit ayat-ayat dalam entri. Barulah orang ada mood nak baca. Bila entri dah best dan mantop barulah orang suka dengan blog korang. Datang sekali rasa nak datang banyak kali. hehe.

2 je lah point aku bagi. Banyak lagi sebenarnya. Takut korang bosan pulak nanti aku buat entri panjang-panjang ni. Biar entri pendek, asal korang dapat apa yang aku nak sampaikan. Bukan asal dari kampung eh. hehe.

P/s : Yang sebenarnya, Fida tak pernah ajar aku blogging pun. Saje je pilih beliau dari memilih memey suhaiza, fasha sandha, lady gaga dan sewaktu dengannya. Sebab apa? sebab poin aku no 1 kat atas tu la.

Comments

comments

Comments

Trackbacks

  1. […] Terasa lama jugak tak update blog selepas entri yang pertama. Rakan blogger lain pun dah bising. Ek sorry ye kawan-kawan. Inilah akibat terlalu banyak baca blog orang sehingga blog sendiri tak update Sebenarnya entri ini aku ilhamkan dari blogger yang aku respek iaitu aenaz. Seterusnya ikuti blogger-blogger lain chokilala, menteil, hurulaini, topo dan aizuddin. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *