Esok Malam berlangsungnya perlawanan separuh akhir aff suzuki cup 2010 antara Malaysia dengan Vietnam. Daripada pemerhatian aku, pasukan Malaysia berjaya menunjukkan peningkatan dalam setiap permainan. Walaupun sebahagian besar pemain utama tidak dapat diturunkan akibat kecederaan, pemain-pemain simpanan dan pelapis yang dipilih oleh jurulatih Malaysia, K Rajagopal sememangnya tak mengecewakan.
Beberapa pemain yang menunjukkan corak permainan yang konsisten setakat ni ialah Khairul Fahmi Che Mat (GK), Mohamad Azmi Muslim (Defend) dan NorShahrul Idlan Talaha (Striker). Yang lain-lain macam tak berapa nak konsisten macam Amri Yahyah, AmirulHadi Zainal dan Safiq Rahim.
Sepakan percuma Safiq Rahim dalam perlawanan-perlawanan sebelum ni pun banyak yang tak tepat. Harap-harap dalam perlawanan akan datang akan jadi lebih baik. Good luck untuk Team Malaysia.
AFF Suzuki Cup 2010 Semi Final 1st leg
Malaysia vs Vietnam
Tiket : RM20
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Waktu : 8.30pm
Tarikh : 15 Disember 2010
info : tengkuaizat
Kalau team Malaysia dapat main cemerlang macam game sebelum ni. Mesti boleh dapat kalahkan team Vietnam..
aizuddin : Kat rtm tak sure ada ke tak livestreaming sebab match ni main malam waktu berita kat rtm selalunya. Harap-harap je lah ada. Kalau tak de astro boleh pergi dekat kedai-kedai mamak berdekatan.




{ 17 comments… read them below or add one }
moga kita ke final dengan mudah
insyaAllah..kita tengok esok
Assalamualaikum….
Moga setiap pemain bola sepak Malaysia termasuk simpanan dapat beraksi dengan tenang dan bijak. Saya doakan agar laluan Malaysia kali ini dipermudahkan hingga ke peringkat akhir dan jadi juara… :choler:
wasalam..insyaAllah..amin
Kita sangat berharap agar pemain bola sepak Malaysia dapat kembalikan kegemilangan seperti di zaman Mokhtar dahari dulu.
betul2..bila lah ye
:
mcm ade harapan tp….
tgklah first league sok camane
nk hrp kat vietnam nnt mmg x blh la
apepun, semoga malaysia ke final
kasi bls dendam sama itu indo di final!
kalau diorang main macam game lepas..maybe boleh menang..jangan sia-siakan peluang sudah
kena tengok ni.. esok malam mesti pergi mamak berhampiran
go malaysia go
haruslah tengok..semi final kot
setakat ni boleh tahan la..kire boleh hidup walaupun tanpa pemain tonggak…
lagi-lagi takde aidil zafuan..defend lemah sikit..nak harapkan muslim je =(
Malaysia boleh
aku teka menang 3 – 0
aku rasa malaysia boleh menang 2-1..vietnam bukan calang-calang team
hehe. Harap2 menang la. Tapi… bleh menang ke. Vietnam terer woh.
tau tak pe..vietnam pun bukan team cikai-cikai je
kat rtm mungkin tv2 la kot camtu.. mesti tonton game mlm ni.. support malaysia..
{ 1 trackback }