Selepas aku buat entri khas tentang penyiasatan dan eksperimen aku tentang advertlets di dalam entri yang lepas, Intro : Advertlets Bayar Blogger Atau Tidak? . Sekarang aku nak mengatakan bahawa, advertlets sebenarnya BUKANLAH SCAM seperti yang kebanyakkan orang kata. Cuma, kena ada cara yang betul untuk cash out bersama advertlets ni.
Sebelum ni memang aku yakin, mesti ada cara punya bila nak cashout dengan advertlets ni. Kalau tak, takkan ada blogger yang pernah dapat cashout dengan pihak advertlets ni kan? Ramai yang tak tau sebenarnya cara-cara yang boleh membuatkan advertlets membayar earning kita.
Dari apa yang aku dapat tengok, support advertlets ni kurang efektif sikit. Kalau nak dibandingkan dengan support syarikat pengiklanan nuffnang dan mangga ads. Cuma innity aku belum cuba. hehe.
Jadi korang memerlukan sedikit usaha bagi mendapatkan earning korang. Aku harap lepas ni, pihak Advertlets dapat improved bahagian support ok! Barulah, ramai yang akan yakin dengan syarikat pengiklanan anda.
Mengikut hasil eksperimen aku yang lepas dan apa yang telah aku lakukan :
1. Cash out macam biasa kat dashboard advertlets.
2. Emel biasa jarang balas, dan aku sarankan kalau emel tak dibalas :
3. Contact owner Advertlets, Josh Lim secara private :
CONTACT : bermaksud, bagi mesej peribadi atau
(aku rasa ni optional)
Buat 1 entri khas untuk advertlets. dan bagi link blog yang korang buat, dan post entri tu di semua bahagian contact yang aku bagi kat atas ni.
Faham ke? Kalau tak paham boleh tanya. Mana yang aku boleh tolong aku tolong. InsyaAllah.
Tapi dalam entri tu, jangan lah duk kutuk-kutuk advertlets. Mungkin mereka mengambil masa untuk membayar earning korang. Tak sama dengan syarikat pengiklanan yang lain. Sabar je k. Kalau ada rezeki, dapatlah nanti.
Nota : Thanks kepada rakan-rakan aku yang telah memberi komen pada entri lepas. Jasa anda amatlah dihargai.
aizuddin : Ni entri khas sempena penghargaan aku terhadap pihak advertlets. Aku menyarankan agar pihak advertlets dapat improved lagi agar dapat bersaing dengan syarikat pengiklanan yang lain. Terutamanya dari segi support dan earning ni ok? Dan aku berharap dapat terus membuat earning bersama advertlets pada masa akan datang dan menunggu hasil earning untuk dibankin tanpa melakukan cara yang sama selepas ni. Thanks a lot advertlets!




{ 72 comments… read them below or add one }
Next Comments →
nampak gayanya aku pun kena buat entri la pas ni…he3
yup..berdasarkan pengalaman lah..kalau nak try terus mesej pun aku rasa boleh kot
Wah.. dah dapat cashout earning dari Advertlets la ni ye? Bole belanja makan la camni..
Alhamdulillah..1st time..jom cafe b..ada air free..haha..
ahaa… bole bole.. aku tggu ko!
tu pun kalau ko igt lagi jalan nak g cafe b..hehe
aku dah malas nak buat entry, sbb semua entry aku lebih banyak aku kutuk…kah kah…
tapi aku pun x puas hati…
status pembayaran dalam status processing bila nak bertukar kepada paid?? aku pun pelik la :[
sebab ada unsur2 kutukan tu kot..tu yang susah sikit..huhu
mmg la mula2 kena kutuk sbb dekat setahun tak bayar payment aku…
pastu mereka minta maaf n bagi 20% sebagai tanda mintak maaf…
aku pun apa lagi…pujilah mereka balik..
kalau tak caya, baca kat sini http://www.ezy4u.org/archives/category/buat-duit/advertlets/
tapi utk second payment ni…tak pulak dpt2, jadi aku pun kutuk la kejap…
jadi aku pun tak tahu nak buat apa lagi…
masakan pokok boleh bergoyang kalau tak da angin… :-[)
yeay!!!! bolehla kumpul duit kat advertlets..
jangan kumpul terlalu banyak..karang diorang terpaksa berfikir 18 kali untuk setelkan..hehe
Bertuah la dapat bayaran dari advertlets, huhu
aku ni pun hampir2 putus asa..nasib ada rezeki
tula.. rmai ckp averlet scam, sbb lmbat dpt byaran, kdang2 tggu smpai brtaun.. huhu, tp okla, advrlet sbnarnya.. mkin cara tk btul ke ap ke kan.. :8
rasanya dah minta cara betul, tapi bila kita tak dapat layanan yg sepatutnya…agak2nya mesti semua marahkan…samala situasi kat sini.
kadang2 kena tengok rezeki jugak..
HIDUP SEORANG BLOGGER
emm, byk dpt tu bro.. aku lum try lagi adverlets ni.. hehe
boleh lah..tu pun lama jugak simpan
HIDUP SEORANG BLOGGER
Oo.. ok lah tu.. dpt gak merasa..
nice! camtu la bro, the art of the publisher :aie:
harap2 terus macam tu la..bukan hangat2 tahi ayam je nanti
HIDUP SEORANG BLOGGER
bila la aku nak join advertlets
aku rasa baik ko fokus yang ada ni sekarang..tak payah gabung2 dulu
HIDUP SEORANG BLOGGER
rasa nak join pulak advertlets..hehe..
macam ok je tengok..
advertlets ni lebih kurang mangga ads je earning dia..kalau mangga ok, advertlets pun ok lah
HIDUP SEORANG BLOGGER
ada cakap bagus, ada cakap idak…tapi apa2 pun…semua aku rembat…haha
semua aku dah try..cuma innity dengan mangga ads je belum dapat cashout lagi
HIDUP SEORANG BLOGGER
huhu. bgus la dorng bayar. yg innity ni byr jgk bro. jgn risau. yg pnting tepat time nye ko kne force dorng. klu x dorng snyp je. tu je caranye. aku pnya dah bayr unutk 3 bulan trus. haha. dah hbs pon. untuk buln yg lpas aku nk force pulk. ngeh3
innity aku punya tak berapa nak mantap lah..huhu..macam nuffnang lebih best pulak aku rasa =(
hehe. xpe la bro. aku skng ni innity yg mntp. nuff mmng dah down trus =.=
mesti trafik ko mantap gila ni..ye la ko rajin update..bw lagi..huhu..aku bizi kot
aku da cashout sejak ogos 2010 .. rm 576 .. sampai sekrang tak proses pun apatah lagi nak paid..
dah try contact dengan facebook advertlets belum?kat dalam entri aku ada bagi..
baru nak try adverlets ni tp tengok review byk yg cakap scam..hmmm
better pakai nuffnang je terus..sebab bab pembayaran.nuffnang paling tepati masa dan senang
huh.. sampai sekarang tak bayar bayar.. kali kedua aku widraw blan 11 rm100.. status unpaid jugak.. nampak gaya kena report skmm nih .. kata advertlets ni scammer.. menipu blogger ..
skang yg betul bayar dan banyak kali aku dapat .. innity dan nuffnang ..sapa berhajat nak tampal advertlets .abaikan je la buat sakit hati korang je..
kalau bab pembayaran yang paling senang nuffnang dengan mangga ads.innity aku tak pernah cashout lagi
satu tip dari aku sendiri.kena selalu puji
wanita yang bersama josh lim.
siapakah wanita tu?
aku dah buat report skmm.. dia suruh buat report polis sebab ini kes penipuan!! aku dah tulis kat wall facebook josh .. kalo 2 bulan lagi tak bayar aku buat report .. nak ajar sket program yang jenis penipu nih!!
bukan banyak sangat 600 lebih jer.. tapi bila mengenangkan ramai lagi yg dah kena tipu..kes sama.. aku rasa kena buat report..
http://img411.imageshack.us/img411/9223/newpicture011.jpg
dah try DM josh lim kat twitter?
Macamana mahu contact josh ni ? kalau pakai twitter, tunggu dia follow baru boleh bagi private msg, kalau kat facebook di pakai fan page, mana boleh sent mesej, dah hampir 400 dah lom bayar
pakai twitter just mention je dulu kalau dia belum follow..facebook page tulis kat wall dia..tak tau lah..tu je yang aku dapat bantu..aku pun bukan kerja kat advertlets ni
ups:
ok thank
welcome..cuba dulu ikut steps tu mana tau boleh dapat
haih, aku nak bertukar kpd advertlets pn ragu2 lagi ni.. tapi ngan nuff pn tak jalan jugak.. takpela, fokus buat blog je la skang ni. asal lepas duit hosting sudahh…
kalau pageviews tinggi, guna advertlets lebih berbaloi..memang target lepas duit hosting je dulu..untung belakang kira..tapi awal2 guna nuffnang je lah kot..kasi trafik stabil dulu
owhhh… kalo nak pageview tinggi kena buat entri bermutu tinggi la gamaknya..
takpela, aku nak target innity terus…
aah..kena ada entri berkualiti..memang ambik masa pun..maintain je dulu..boleh punya kalau nak apply innity
advertlets ni syarikat malaysia eh?so kalau pasang nuffnang takbleh pasang advertlets la kan
Next Comments →
{ 2 trackbacks }