Selepas aku buat entri khas tentang penyiasatan dan eksperimen aku tentang advertlets di dalam entri yang lepas, Intro : Advertlets Bayar Blogger Atau Tidak? . Sekarang aku nak mengatakan bahawa, advertlets sebenarnya BUKANLAH SCAM seperti yang kebanyakkan orang kata. Cuma, kena ada cara yang betul untuk cash out bersama advertlets ni.
Sebelum ni memang aku yakin, mesti ada cara punya bila nak cashout dengan advertlets ni. Kalau tak, takkan ada blogger yang pernah dapat cashout dengan pihak advertlets ni kan? Ramai yang tak tau sebenarnya cara-cara yang boleh membuatkan advertlets membayar earning kita.
Dari apa yang aku dapat tengok, support advertlets ni kurang efektif sikit. Kalau nak dibandingkan dengan support syarikat pengiklanan nuffnang dan mangga ads. Cuma innity aku belum cuba. hehe.
Jadi korang memerlukan sedikit usaha bagi mendapatkan earning korang. Aku harap lepas ni, pihak Advertlets dapat improved bahagian support ok! Barulah, ramai yang akan yakin dengan syarikat pengiklanan anda.
Mengikut hasil eksperimen aku yang lepas dan apa yang telah aku lakukan :
1. Cash out macam biasa kat dashboard advertlets.
2. Emel biasa jarang balas, dan aku sarankan kalau emel tak dibalas :
3. Contact owner Advertlets, Josh Lim secara private :
CONTACT : bermaksud, bagi mesej peribadi atau
(aku rasa ni optional)
Buat 1 entri khas untuk advertlets. dan bagi link blog yang korang buat, dan post entri tu di semua bahagian contact yang aku bagi kat atas ni.
Faham ke? Kalau tak paham boleh tanya. Mana yang aku boleh tolong aku tolong. InsyaAllah.
Tapi dalam entri tu, jangan lah duk kutuk-kutuk advertlets. Mungkin mereka mengambil masa untuk membayar earning korang. Tak sama dengan syarikat pengiklanan yang lain. Sabar je k. Kalau ada rezeki, dapatlah nanti.
Nota : Thanks kepada rakan-rakan aku yang telah memberi komen pada entri lepas. Jasa anda amatlah dihargai.
aizuddin : Ni entri khas sempena penghargaan aku terhadap pihak advertlets. Aku menyarankan agar pihak advertlets dapat improved lagi agar dapat bersaing dengan syarikat pengiklanan yang lain. Terutamanya dari segi support dan earning ni ok? Dan aku berharap dapat terus membuat earning bersama advertlets pada masa akan datang dan menunggu hasil earning untuk dibankin tanpa melakukan cara yang sama selepas ni. Thanks a lot advertlets!




{ 72 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
persoalannya timbul..bila..
1. advertlets selalu bayar pada orang yang famous..dan blogger-blogger yang buat entry pasal advertlets bayar atau tidakk..
2. takkan kena buat artikel mintak duit baru nak bayar?
2. bila email..memang jarang dibalas atau lambat balas dan siap tuduh bukan-bukan plak..
3. ada orang setahun lebih tak dibayar..apa kes?
entahla. tak berapa minat dah dengan advertlets..tapi bagi yang dah dapat bayaran. tahniah la..
harap-harap la diorang dapat improve satu hari nanti..
betul tu kenyataan diatas…..sabar je la bagi mereka yang belum dapat bayaran….
Sebelum join….dh buat analisis sikit ttg advelet nie….
em…
Mudah lagi si nuffy tu… :beurk:
kalau nak mudah dan tak ambik risiko, guna je nuffnang..setel
wah, kadang kene bincang personal baru boleh jalan.
yup betul tu..lagi berkesan contact secara personal
xkan kena buat entry baru leh cash out…xeffective langsung
aku pun follow je orang lain buat..janji dapat..dah bersyukur sangat..huhu
oh baru faham advertlets nie… baru sign up advertlets nie tapi tak tahu kemudahan nya xD
all the best
Advertelets memang scam sebab kalau dilihat dari segi pembayaran, tak kirala sama ade jumlah tu sikit ataupun banyak; mereka boleh dismiss pembayaran tu ikut suke hati diorang.
Untuk Aizuddin; berape kali Advertelets bayar kau? Sume cash-out dibayar ke tanpa ade ape-ape masalah?
Untuk viewer, reputasi Advertelets dah tercalar sebenarnye. Elok stick-up pada Innity atau Nuffnang sebab diorang lagi reliable. Ade banyak lagi cara untuk buat duit kat blogger ni, memang banyak dan perlukan usaha sikit.
Lagi satu, aku bukan nak bunyi racist ke ape, tapi Advertelets takkan bayar pada blogger cikai, tak kirela melayu ke, cine ke india ke…..semue tak terkecuali. Anyway, pade sesiape yang masih ade akaun kat Advertelets tu, better close it down, because korang taula nanti bile penat lelah korang tak terbayar……dan sakit hati aje yang dapat.
buat masa ni..alhamdulillah dah 2 kali..problemnya bayar lambat sikit..tapi yang kedua tu dah tau macam mana, dah senang nak cashout..
kalau tak nak ambik risiko, guna nuffnang je. setel masalah
Harap2 Adverlets tak mengecewakan akulah bila aku cliam nanti
insyaAllah bro..mudah-mudahan
aku pun harap begitu juga
bila dah cecah 100 nanti
insyaAllah..semoga dipermudahkan
Wowwwhh…bro….aku baru aje dpt something dr member2 aku yg blog korang ade potensi untuk dilabelkan sebagao spam blog kalau korang pakai Advertelets. Aku tak tau la macamane boleh jadi macamani tapi aku rase Josh Lim kat Advertelets tu memang penipu dan juge pembohong besar.
Try taip, “blog aku kene locked dan Advertelets buat hal”; sure akan keluar banyak masalah. 2 bende ni saling berkaitan bro…..baik korang ingat2 balik sebab sedap2 berblogging, tetibe blog korang kene locked pulak. Semuenye pasal iklan Advertelets yang korang letak.
Bukan senang nak restore blog ni, kalau dah sekali kene flag sebagai spam, sure in the future blog korang akan kene lagi…dan lagi…dan lagi….
So, aku rase, sesape yg bace komen aku ni…..try tunggu dan lihat. Ade yg selamat mmg selamat…tp kan bagus kalau takde risiko langsung. Blog korang sume sure nak pakai lame, tul tak..?
yang kes kena lock tu macam dah lama je..yang kes baru tak tau pulak..wallahualam
aku haritu ada gak try pakai, tapi tak sampai sebulan sebab tak berani bila dengar diorang tak bayar.keh keh
tak pe.tak payah amik risiko
Salam, nak tanya bro masih pakai advertlets ke sekarang? Tak nampak pun iklan advertlets kat blog nih..boleh tahu sebab apa tak pakai? Saya dah cashout lebih RM400 sejak akhir bulan 11 tahun 2011 tapi masih tak terima sebarang bayaran. hmm..
wasalam.sekarang pakai je lagi sebagai alternate ads, kat blog lain pun ada.saja letak nak try,boleh pakai lagi ke tak advertlets ni.
kena try contact banyak kali, kalau ada rezeki dapat la. sekarang tak macam dulu, dulu senang sikit.
← Previous Comments
{ 2 trackbacks }