Nota : Ini adalah sticky post. Nak tengok entri baru, sila scroll ke bawah. :D. Siapa yang belum join, boleh join sekarang. Sementara masih sempat. Kalau tak cuba komfem tak menang.
Walaupun aku gagal dan kurang bernasib baik dalam contest sebelum ni yang bertajuk ‘”Hidup Berani untuk gagal”. Tapi aku tetap mencuba buat kali kedua untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh blog Denaihati yang diberi nama “Hidup Untuk Memberi”. Orang kata, kalau tak cuba tak tau kan? Hadiah kali ni pun bukan calang-calang hadiah, iaitu Acer Aspire One kepada dua pemenang. Tak percaya? Ini bukan kisah dongengan. hehe.
Hari ni dah masuk 24 Ramadhan. Rasa macam sekejap je dah nak raya. Memandangkan khutbah jumaat tadi cerita tentang malam lailatul qadar, jadi aku pun tergerak untuk menulis dan mencari artikel yang boleh dibuat rujukan tentang malam lailatul qadar ni. Kalau ada salah dan silap boleh ditegur agar boleh diperbetulkan. Sebab entri ni hanya diambil dari sedikit rujukan di Internet untuk dikongsi bersama.











