Baru-baru ni aku ada dapat jemputan untuk review website 1tradezone.my. Terima kasih kepada admin kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk mereview website mereka. -_-
Kebanyakkan dari kita biasa dengar website mudah.my sebelum ni kan? Disini aku nak memperkenalkan 1tradezone.my. Konsepnya adalah lebih kurang sama dengan konsep yang digunakan mudah.my, cuma yang membezakannya dengan mudah.my ialah 1tradezone.my adalah dari malaysian sendiri. Kalau bukan orang-orang kita yang nak support, siapa lagi nak support kan?
Kelebihan yang ada pada 1tradezone.my :
1. Menawarkan iklan percuma sepenuhnya dan sampai bila-bila.
Ni perkara paling penting jika pengiklan hendak mengiklankan produk mereka. Tak de lah nanti nak edit iklan pun berduit, letak extra gambar pun berduit. Di 1tradezone.my semuanya percuma.
2. Interface yang lebih menarik.
Sebagai contoh : korang boleh perhatikan sistem zooming pada gambar item, boleh zoom sekali tiga gambar serentak dan boleh alih-alihkan gambar tersebut. (seperti dalam gambar di atas). Senang cerita, boleh zoom dan drag.
3. 24hour approval.
Pada waktu tengah malam pun akan ada orang 1tradezone.my menjaga website. Jadi, sebarang masalah boleh hubungi terus kepada pihak mereka.
4. Iklankan produk tanpa perlu mendaftar bagi user biasa.
Kalau anda malas nak daftar, anda boleh jadi user biasa kerana user biasa tak perlukan pendaftaran untuk masukkan iklan. Cepat dan mudah kan?
5. Ada sistem e-shop.
Sistem eshop hanya dibuka kepada 5 slot shaja di setiap kategori dan di setiap negeri. Sistem eshop ni sekarang masih dalam percubaan dan akan dikenakan bayaran pada masa akan datang.
Eshop lebih kepada kedai-kedai atau trader. Pihak 1tradezone.my akan usahakan mencari kedai-kedai di luar sana untuk memenuhi slot eshop.
Pandangan peribadi :
Dari pengalaman, aku pernah buat 3 kali urusan jual beli dekat mudah.my dan sistem seperti ni boleh dipercayai. Tapi bukanlah tiada risiko langsung. Itu atas kepercayaan pembeli ke atas penjual tu sendiri. Kalau barang-barang yang mahal tu, better jumpa sendiri dari menggunakan pos lagi selamat. Jadi kalau sistem mudah.my digunakan di 1tz pun, ia mesti boleh dipercayai jugak.
Dan dari pemerhatian aku, memandangkan website ni masih baru, jadi iklan-iklan yang ada dalam ni pun belum sebanyak yang ada kat mudah. Tapi, ia akan terus meningkat sekiranya berjaya mendapat sokongan dari kita semua.
Kesimpulannya, jom meramaikan lagi komuniti 1tradezone.my ni.
url : 1tradezone.my
facebook : facebook.com/1tradezone
facebook group : facebook.com/group.php?gid=124466840905046
Pesanan dari pihak mereka :
Basically, we’re all using one concept of advertising but ours come with more user-friendly and nice looking interface, free unlimited ads and more flexibility!
aizuddin : Ni merupakan advertorial aku yang pertama. Kalau ada kekurangan amat dikesali. hehe.
info : Mudah.my adalah produk orang Singapura.








{ 48 comments… read them below or add one }
mudah pon xpernah try…huhu
try 1tradezone je lah lepas ni
Satu lagi tempat beriklan didedahkan, terima kasih bro. Jasamu dikenang
Dah banyak kali berurusan dengan mudah.com.. tak susah nak bezakan scam.
ok..sama-sama..no problem..selamat beriklan
ok jugak ni.
nak try tengok la web 1tradezone nih
interface dia memang best..up to date..sila lah cuba
thanks bro
ok..welcome
macam pernah masuk…hehe…memang menarik…
dah ramai pernah promote pun sebelum ni..tu yang pernah masuk tu
bagusla kalau camtu… buatan Malaysia..
boleh cuba nanti..
aku nak letak produk HPA
bole ke?
mudah.my kedekut taik masin tak bagi
yup buatan orang malaysia sendiri..cuba lah..rasanya boleh kot..kalau ada problem..nanti aku try contact admin 1tradezone.my ni..hehe
dengar cerita dari pengguna tegar mudah.my..kat mudah sekarang susah nak iklan..main duit banyak dah :bloody:
nanti lah aku cuba..
aku nak letak iklan perkhidmatan bekam aku
sambil tu jual produk HPA
Tukang review nak iklan stail profesional. Cuba lagi bro, dulu sy buat HPA gak.. so far masih boleh iklan kat mudah tu.. banyak gak member rejected tak tau pasal apa hehe..
masin..
Insya Allah nanti aku cuba. Kat Mudah.my memang leceh dan terlampau strict.. malas nak letak kat situ
kalau dah cuba..tolong drop komen kalau boleh..nak tau jugak respon dari 1tradezone ni..sebelum tu cuba amik nasihat hyprobulksms tu..maybe boleh lepas ni
hopefully 1tradezone.my ni akan terus berkembang..
yup..insyaAllah kalau kita terus support
kita patut sokong web dari malaysia ni..kalau dah famous satu dunia nama Malaysia gak naik..bangga tu
kalau bukan kita yang nak sokong..siapa lagi kan?
brape die bayar ko? haha..
aku pun review gak… haha :love:
hehe… berminat jugak nak tau.. sebab dia penah antar email kat aku… =p
aku trafik cikai je..lagi2 sem ni busy nak update..jadi aku tak demand sangat..kalau blog korang mungkin boleh lah kot
kene pandai sket bli kat tenet ni..kang kene tipu saje je…
kena pandai pilih orang untuk deal..kadang2 boleh dapat lagi murah dari biasa
Saya pernah buat beberapa kali urusan pembelian melalu Lelong dan Mudah. Setakat ini belum pernah kena tipu kerana setiap kali nak beli saya akan buat kaji latar berlakang penjual dengan membaca feedback pelanggan
yup..kena tau jugak latar belakang syarikat atau penjual dulu..kalau tak sia-sia je nanti..lagi-lagi kalau barang yang dibeli tu mahal
wahh ramai review web ni
support produk malaysia..di atas permintaan admin 1tradezone.my
Saya dah berjaya dapat iklankan “sesuatu” di 1tradezone.my, dan saya dapat feedback camni.
Hello,
Thank you for utilizing services provided by . Your adverdtisement had been successfully approved and, will be automatically removed from our site exactly two months from this date.
Kind Regards
1tradezone.my
PS. You cannot reply to this message. If you have not inserted an ad at 1tradezone.my, someone else may have entered your e-mail address by mistake. If you do not wish to activate the ad below please ignore this e-mail.
thanks for sharing bro
salam aizuddin.. aried ada gak terbaca kat justkhai sal ni.. huhuh, baru tau yg mudah tu sbnarnya dari singapore…
wasalam..aah..aku pun baru tau..mudah dari singapore..huhu
Tetapi ada IM yang sanggup menjual “panduan mudah.my”.. untuk listing ads jer.. lawak juga kalau beli
kalau banyak duit..boleh lah beli
mudah pun nak kena ada panduan gak ke?..
sebenarnya tak payah kot
blh lawan mudah.my ni.try alexa mudah.my
Mungkin satu hari nanti bila dah ramai pembaca dan pengunjung mungkin boleh lawan mudah.my
yup betul tu..mungkin satu hari nanti kalau dapat sokongan dari malaysian semua
rmai dh buat review pasl ni. aku lmbt dh. aha. papepon smart web diew. germ tngok. slide tu.
aah..dah ramai dah buat..simple dan smart
i loike buatan anak malaysia 8)
support barangan buatan Malaysia
Assalamualaikum….
Gambar latarbelakangnya dah macam dalam sistem pengoperasian Linux…
Mudah, lot.my & beberapa lagi laman web seumpamanya saya dah daftar ataupun dah guna… Laman web sedemikian jika dimanfaat dan digunakan dengan bijak serta secara serius, akan dapat menjana pulangan yang lumayan.. Lantas menjadi satu trend terkini iaitu berniaga tanpa kedai fizikal…
wasalam..kalau dapat memanfaatkan memang berbaloi..iklan dengan percuma je kan
mudah.my produk Singapura?
Kenapa boleh ada dot my?
yup, aku ada terbaca kat forum tak silap..tak tau la,maybe ada kabel kot