10 Sebab Kenapa Aizuddin Menggunakan Internet

Facebook_twitter_aizuddin

Internet amat penting dalam kehidupan seharian. Tanpa internet, hidup ini mungkin kurang bermakna. Banyak kebaikan dan banyak jugak keburukan daripada penggunaan internet ni, pandai-pandai lah pilih ke arah mana yang kita mahukan. Jika ke arah kebaikan, Alhamdulillah. hehe.

Internet membuatkan dunia ni hanya di hujung jari sahaja, nak apa? boleh dikatakan semua boleh dibuat dengan  hanya menggunakan internet. Jangan lah nak makanan free, komfem-komfem lah tak dapat. Rezeki mana jatuh dari langit macam tu je. Kena lah ada usaha. 😉

Ni antara 10 sebab utama aku menggunakan internet :

  1. Bersosial dan Berkomunikasi

Facebook – Cari Aweks Member Internet secara online. Ramai yang aku tak kenal, boleh jadi kawan rapat pulak kat facebook. Yelah, bosan-bosan sikit, bukak facebook, tengok status updates. Kalau cambest je aku sibuk pergi komen. hehe.

Twitter – Aku jarang layan twitter. Twitter tempat aku kumpul follower je kot. ahsengal..

Yahoo messenger – Chat menggunakan yahoo messenger lagi best dari guna software lain. Sebab member yang ada akaun yahoo pun ramai. Kalau chat kat facebook, buat hang je laptop ni. huhu.

Skype – Aku ada akaun skype ni pun sebab nak senangkan transfer file. Guna skype lebih stabil dari guna yahoo messenger untuk transfer file. Nak buat video call pun lagi mantap.

Kenapa friendster, hi5, tagged, myspace aku tak cerita? Sebab profile aku kat situ entah zaman bila ntah. Lama tak update. Zaman muda-muda lah katakan.

aizuddin_blog

2.   Blogging

Update – Kena lah ada intenet kalau nak update. Setakat nak buat draft boleh lah kalau tak de internet kan? Kalau draft banyak-banyak pun, tak publish online. Apa barang! kata orang sekarang. haha.

Ping dan bookmark – Kalau lepas update, tak sah kalau tak ping dan bookmark entri dekat gengblogger, jombuzz dan imcurtain. 3 ni je yang betul-betul aku layan setakat ni. Ke ada yang lagi best? Siapa tau boleh share kat kotak komen nanti.

Ping ni pun salah satu cara untuk kita dapatkan trafik. Tak payah lah nak blogwalking tiap-tiap masa. Semata-mata nak spam kat shoutbox. Entri tak baca, komen tak tinggal. huhu. Buang karen.

contest_kerjasama_sebenar_aizuddin

3.   Join contest

Menang kalah, adat pertandingan kan? saja je nak meriahkan lagi contest tu, di samping menyokong member-member sendiri. Kalau kita tak sokong, siapa lagi nak sokong diorang. Dengan contest pun boleh tingkatkan trafik blog kita jugak. Lagi-lagi lah kalau menang. Jadi, rajin-rajinkan lah join contest yang ada lepas ni.

Masuk ni, dah 3 contest aku join under aizuddin.com ni, contest arrifshah (RM100) –> denaihati (menang 2 laptop acer aspire) – kesatria poyo (RM100). Siapa yang belum join, boleh join sekarang! hadiah menarik untuk dimenangi. Tak cuba, komfem tak menang!

berita_online_aizuddin

4.   Baca Berita Online

Surat Khabar – Baca lah semua jenis paper dalam sehari. Macam-macam ada sekarang ni. Tinggal nak pilih je mana yang best je. Hmetro, kosmo, utusan, bharian, harakah, malaysiakini semua baca online je. Walaupun feel dan isi kandungan paper online dengan yang old skool jauh berbeza. ;)..Nak baca cerita sebenar pasal kes tembak remaja arwah Aminul Rasyid, 15 tahun? jom baca sini.. ni pun nizam yang bagitau aku..

Info dan berita terkini – Banyak info yang boleh kita dapat kat internet ni, semuanya free. Cuma kena pandai cari laman web yang best, pastu layan lah puas-puas tiap-tiap hari. Aku suka baca pasal bola. Boleh dikatakan tiap-tiap hari aku bukak laman web bola. Nak tau laman web bola yang best? Boleh baca sini.

Harakah dan malaysiakini tu untuk baca info lebih kepada politik.  Baca lah kedua-dua belah pihak parti politik, barulah adil. Tak de lah berat sebelah je nanti. Aku parti atas pagar. Belum layak untuk mengundi. hehe.

ohcerita_blog

5.   Download

Nota – Kebanyakkan nota-nota kuliah akan di upload di elearning. Pengumuman semua akan di update di situ. Saja letak no 1 untuk point download, walaupun aku ni jarang lepak situ. Long life learning lah katakan. hehe.

Movie dan cerita – Aku lebih suka layan tv series berbanding movie disebabkan masa memang mencemburui. Aku kalau layan cerita pun time nak makan. Jadi memang tak de masa nak layan movie yang kebanyakkannya jumlah tayangannya lebih daripada sejam. Disebabkan cerita ni lah, munculnya blog ohcerita aku.

Mulanya aku nak bookmark je cerita yang aku nak tengok. Tiba-tiba ramai pulak datang dari google dan request kat aku. Aku tolong apa yang boleh je lah. Sebab tu, tak semua cerita aku letak situ. Kalau orang mintak tolong cari, kalau aku jumpa aku letak lah dalam entri. hehe.

Lagu – Hampir kesemua lagu aku sedut. Kalau banyak duit, sila beli yang original. Anda mampu mengubahnya. hehe.

google_aizuddin

6.   Poses Pembelajaran dan Pengajaran (PnP)

Pembelajaran – Korang nak belajar apa? hari ni semua benda kita boleh belajar percuma. Google lah yang jadi pengantara atau dengan nama yang lebih mesra ‘cable’. Cuma search je nak belajar apa. Masak air? Masak maggie? Cara nak buat myspace? haha. Ramai tenaga pengajar yang ada. Tak payah masuk akademi fantasia pun dah boleh belajar.

Pengajaran – Ada lah sedikit tutorial yang aku buat bagi membantu orang yang memerlukan. Cikai-cikai je, tak de lah hebat mana. Ilmu belum cukup di dada lagi. hehe.

Mylook peciter ek sekarang? aku bukak website dia dah tak boleh access dah. Nasib lah aku tak join. Selagi orang tak dapat lagi, aku tak nak join. hehe.

gmail_aizuddin

7.   Check Email

Yahoo – Join forum ke daftar pape ke aku sumbat je kat sini. Maklum lah first emel yang aku create.

Gmail – Akaun emel untuk aku tau update dari youthsays. Walaupun dah kurang aktif sikit beryouthsays ni. Siapa yang belum join, boleh join sekarang. Ada dekat sidebar blog ni. Aku pernah menang hadiah, hanya dengan berikan sikit komen je. Dah rezeki. hehe. Tak percaya? boleh tengok entri ni.

2 jenis email ni je ada. Malas nak banyak-banyak, padahal guna email domain aku ni pun boleh sebenarnya. Takut tak terurus pulak nanti. Apatah lagi emel student aku. Sikit pun tak sentuh.

prepaid_zmreload

8.   Internet banking

Semua jenis akaun bank aku buat internet banking, cimb, maybank dan bankislam. Senang je lepas ni, tak payah nak susah-susah pergi bank lepas ni. Duduk depan laptop je dah boleh setel. Jimat masa, tenaga dan minyak. hehe. Nak beli online pun senang, baju blogger dulu pun beli online. Kan senang.

Memandangkan aku buat bisnes topup (prepaid), so nak berurusan dengan orang-orang yang nak daftar, nak roll modal pun senang lah sikit. Tak de nak terkial-kial nanti. Nak kata dapat banyak tu tak de lah. Setakat duit makan lepaslah. Ni pun nak tolong member-member yang nak mintak topup.  Nak topup sendiri pun bila-bila pun boleh. Berminat? Boleh tengok sini. Promosi daftar RM15 je sampai 1 Mei ni. Kalau tak sempat, kena tunggu promo akan datang lah. hehe.

Sekarang nak berjinak-jinak dengan paypal la pulak. Macam best je. :)

eset_nod_32_aizuddin

9. Proses Mengemaskini

Update antivirus – Kalau ada antivirus yang mahal dan siap beli license key original pun, tapi kalau tak update, tak guna jugak. Dah standard cikai-cikai je tu. Baik guna free tapi berupdate. Lagi selamat. Tapi aku guna key je lah. Kasi full. hehe.

Update software dan windows – Kadang-kadang software dan windows perlu diupdate. Itulah guna internet. Berguna kan?

ksatria_poyo_aizuddin

10.   Game online

Fantasy – Aku suka main game ni sebab dapat mencabar minda kita arrange dan manage team sendiri. Predict result bola dan transfer pemain bila diperlukan. Aku baru 2 tahun join ni. Setakat ni, semakin maju perkembangan fantasy aku. hehe.

Ada 2 fantasy aku join – fantasy –> premierleague dan stadium astro. Siapa yang layan fantasy? Season akan datang, aku create ligue, kalau nak join pun boleh. Season ni dah ditutup penyertaan untuk join. Dah nak abis season dah pun.

Kesatria Poyos – Aplikasi facebook berbahasa melayu berbentuk game. Bangga bila aplikasi ni dilahirkan dari anak jati Malaysia. Siapa yang belum layan? Jom sama-sama jadi poyo. Game ni pun pernah dimainkan oleh artis malaysia, Farid Kamil. Nak try main klik sini.

Jom join geng aku! kat sini. Aku punya hero lemah habis sampaikan lawan aweks (yang tak dikenali) pun kalah. Hampeh je. Baru first time main. Semua orang aku nak lawan. sengal je. Kan dah kalah..

aizuddin : Entri ni ditujukan khas untuk atok yang poyos sempena contest yang beliau anjurkan. Contest ni mintak 10 sebab, jadi dah terpanjang pulak entri ni. Tahniah diucapkan kalau korang berjaya baca sampai habis. hehe. Sekarang dah abis exam, tengah cuti sem. Kurang sikit dah aku berkeliaran kat dunia internet ni. Aktif main pes je kat rumah. :)

Comments

comments

Comments

  1. seadead says

    Aizudin weh….Camne nak join gengbloggerz tu…aku dah 2 minggu cari join button kat situ…xda pun…tolong sket aku ni….
    .-= seadead´s last blog ..DUNIA DI HUJUNG NYAWANYA =-.

Trackbacks

  1. […] lama lagi boleh duk bawah 1 rat la tu..hehe aizuddin´s last blog ..10 Sebab Kenapa Aizuddin Menggunakan Internet […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *